Tuesday, 13 December 2011

Klinik Wanita Medina by Dr.Marsita Mansor

Akhirnya, selepas meng-goggle di mana lokasi Dr. Marsita, akhirnya jumpa. Dia ada buka klinik pakar wanita di Taman Melati sebelah Esso (MRR2).



Banyak juga nasihat berunsur islamik doktor ni bagi. 
- Makan kena makanan yang halal, 
- Elakkan makan makanan yang ada unsur "was2 atau dimasak oleh orang bukan Islam", 
- Banyakkan makan kurma iaitu 7 biji sehari (dah beli tapi tak makan-makan, tak lalu..ish ish tak baiknya)
- Minum jus delima atau jus kurma,
- Baca suruh Luqman (unutk anak bijaksana), Yusuf (untuk anak cantik-cantik belaka).

Doktor scan kat perut tak berapa jelas, dia tanya sama ada nak scan dari bawah (vagina). Aku mula-mula ingat bawah tu belakang badan sebab masa tu aku baring, bawah aku belakang la.. haha. sengal sekejap.
Terus nampak baby punya kepala, yolk sack! Ya Allah syurkan. Seronok weih, tak ada apa perasaan lagi seronok dari tengok perkembangan baby dalam perut. Rasa masa doktor cerita-cerita tu nak keluar air mata sebab terharu sangat tengok kejadian Allah bagi. Selalu tengok dalam TV jer, sekarang dalam perut sendiri weih!! seronok!! yeay!! yeay!! sambil suami tercinta En. Ahmad ku sayang usap-usap kepala, terasa sangat-sangat disayangi dan dikasihi. (aku tak pernah lah cerita ayat macam ni selama ni, gila syahdu! haha..)

Dr.Marsita bagi ubat Fish Oil & Kalsium sebab aku cerita la aku tak suka susu dan tak makan ikan. Dia kata keperluan fetus 4 gelas susu sehari (Ya Ampun!) dan 2 ekor ikan sehari (Huaaarggghhh) mana larat nak mengadap ikan hari-hari. Telan pil jer yang aku mampu nak bagi baby sihat =))


1 comment:

  1. Assalaamualaikum seronok baca cerita awak... Sy pn tetiba ter"syahdu" jap...

    ReplyDelete