Monday, 11 March 2013

Irdina & HFMD


Pada tanggal 22 Februari 2013, Irdina anakku mengalami bintik-bintik merah di tapak tangan. ianya bermula dengan demam suam-suam kuku, pagi itu aku terus ke Klinik Kesihatan Ampang dan doktor merawatnya mengatakan anakku mungkin terkena jangkitan Hand, Foot &Mouth Dieases (HFMD). Alangkah sedihnya hati ini sebagai seorang ibu, mesti kita akan inginkan yang terbaik untuk anak dan hendakkan dia sihat sentiasa. Tapi aku faham dan redha, yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Timbul bintik-bintik kemerah-merahan di tapak tangan dan lutut Dina, aku ingatkan hanya ruam biasa. Setelah 2 hari berlalu, bintik-bintik itu semakin banyak merebak keseluruh tangan dan kaki Irdina. Ianya seperti bulat merah yang mempunyai cecair di dalamnya. Aduh, sedihnya!

Setelah membuat beberapa bacaan di internet, penyakit ini adalah penyakit berjangkit, disebarkan melalui udara dan cecair tersebut apabila pecah. Tiada ubat untuk merawatinya, hanya ubat sapu calamine yang doktor beri. Ianya seperti penyakit yang datang dan pergi dengan sendirinya. Melalui pembacaan kami (aku dan suamiku) penyakit ini juga tidak gatal seperti campak.

Aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti kecemasan selama seminggu mengenangkan anakku yang belum sembuh sepenuhnya dah dikhuatiri berkjangkit kepada anak-anak lain di rumah pengasuh (mak andak). Ia, Irdina mungkin berjangkit di rumah pengasuh kerana Zafri, seorang lagi anak kecil berusia setahun juga mengalaminya. Jangkit itu tersebar melalui seorang lagi kanak-kanak (wallahualam).

Setiap pagi dan petang aku akan membersihkan badan Irdina dan menyapu ubat calamine tersebut tanpa jemu. Tiada yang susah untuk menjaga seorang anak rupanya. Diberi makan dan susu yang cukup, dia kemudian mahukan perhatian untuk bermain dan kemudian tidur. Tidur selalunya dalam 1-2 jam, bangun dan kembali melakukan rutin harian tersebut sepanjang siang sehingga ibuku pulang dari kerja. Kasihan anak yang tidak tahu apa yang dialaminya itu.

Alhamdulillah anakku Irdina telah kembali sembuh, ceria dan aktif seperti biasa. terima kasih Ya Allah. Rabbi yassir Ya Allah, Walla tu asir Ya Karim (Ya Allah permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan.)

Setelah Irdina sudah sembuh hampir 97% minggu terakhir itu kami telah mencuci seluruh kawasan ruang tamu dengan menggunakan antiseptik pembunuh kuman Dettol. Semua permainan dan tikar mainanannya kami basuh dengan antiseptic tersebut dan berdoa supaya dijauhi Irdina dari sebarang penyakit berbahaya. Kepada Allah swt juga kami memohon pertolongan.

Aku kembali bekerja pada 4 March setelah 9 hari berada di rumah.

No comments:

Post a Comment