Dina turned out four month in a healthy way. Alhamdulillah. Dina dah pandai buat bising, suka jerit pekik kalau hendak beradu. Macam satu kampung dia nak bagi tau yang dia hendak tidur. Wahai anakku, comellah kamu ini ;p
Bulan ini genaplah 3 bulan aku bercuti, dan sudah tiba masanya untuk kembali bekerja mencari rezeki membayar hutang kehidupan. Dina aku hantar ke rumah jiranku - selang sebuah rumah iaitu rumah Mak Andak (Zaiton namanya). Setakat ini, dia amat prihatin dan sangat jujur, aku senang dengannya dan dia juga menjaga anak-anak lain dengan baik. terdapat kira-kira dua orang bayi (Dina 3 bulan dan Zafri 6 bulan), Kembar (kakak dan adik) 3 tahun, Adam 6 tahun, Adam dan adiknya masing-masing 1 tahun dan 2 bulan, dan seorang lagi Armani setahun juga usianya.
my first week of going to work again!
Sudah masuk bulan keempat ini jugalah anakku Sofia Irdina sudah pandai meniarap. Pantang lepa sedikit pasti mahu meniarap. Dapat buat benda barulah katakan, tukar lampin, pakai baju semua tak menyempat, hendak meniarap sahaja diaaaa... ;)
Irdina dan aksi serba bolehnya
Suka bermain dengan hypo & monyet
Tokki hadiahkan Dina kasut Nike yang comel
Macam biasa aksi gambar macam ini pasti kreativiti abah Dina =)
Tumpang buai baby Ashaz (Anak Amal Aziz)
No comments:
Post a Comment