Tuesday, 22 January 2013

In Labour Pt.2

As the water had been broken, the contraction becoming more painful. My contraction is becoming 1 minute  at a time. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tau.. sakit..sakit... dan memegang erat tangan suami tercinta, sakit dan masih sakit. Contraction yang pertama datang dr.marsita menyuruh sambil mengajar aku untuk "push". Berikut adalah cara untuk push dengan betul:

1) tarik nafas dalam-dalam dan sedalamnya;
2) letakkan dagu di dada; dan
3) teran sekuat hati.

Untuk push  kali pertama aku push sambil mengeluarkan suara "aaaaaaaaaaaaaaa" dan dimarahi oleh doktor..hahahha. Katanya "Liyana, jangan kamu teran guna suara, push senyap tanpa suara" dan aku pun respond "oh tak boleh eh doktor, ok" (boleh pula aku bertanya soalan tu semula pada doktor..)

Sakitnya yang amat membuatkan aku rasa penat dan disebabkan kuasa epidural aku tidak dapat merasa apabila aku push.  Ini menyebabkan ianya mengambil masa hampir 1 jam hanya untuk meneran.

Alhamdulillah anak aku selamat dilahirkan tepat jap 2.44 pagi pada tanggal 29 haribulan Jun 2012 bersamaan hari Jumaat. Tiga hari selepas sambutan hari lahir ayahandanya. Anakku dilahirkan dengan kaedah forcep kerana ketidakupayaanku menerannya keluar sekuat dan semampu yang boleh, oleh itu, doktor harus bertindak pantas dengan menghulurkan bantuan.

Setelah anakku lahir, nurse dengan sepantas kilat membuka azan di bilik tersebut dan menyuruh mr.tall ku untuk mengazankan anak kami dengan segera. Aku tidak pula menangis apabila anak itu diletakkan ke atas perutku, mungkin kerana terlalu penat yang teramat (mamai-mamai gitu) dengan sepenuh kudarat yang ada telah aku gunakan.



Selepas kelahirannya barulah doktor bercerita yang anakku dalam keadaan senget/condong dan tidak dalam keadaan untuk bersalin normal. (patutlah push lama tak keluar-keluar..hehehe.) akan tetapi bagusnya dr.marsita adalah kerana dia tidak memberi tahu kesulitan itu semasa dalam keadaan aku sakit untuk push di dalam labor room. Dia menceritakan kembali sewaktu aku membuat post pregnancy di kliniknya. Alhamdulillah semuanya selamat.

selepas melahirkan ;)

No comments:

Post a Comment